TUGASAN

Sunday, January 9, 2022

 

Internet Of Things

Internet bukanlah suatu perkara yang janggal lagi pada hari ini kerana setiap urusan yang hendak diselesaikan memerlukan capaian internet. Apabila perkara sebegini berlaku, inilah yang kita panggil sebagai ‘Internet Of Things’. Menurut (Kaufmann, 2016) terma Internet Of Things telah digunakan pada kali pertama oleh Kevin Ashton semasa pembentangan mengenai pengurusan rantaian penawaran pada tahun 1999. Kevin percaya bahawa perkataan “things” di dalam terma tersebut merujuk kepada cara manusia berinteraksi dan hidup di dalam dunia fizikal dan juga persekitaran memerlukan pertimbangan semula yang serius oleh kerana kemajuan komputer, dan Internet. Semenjak itu, pelbagai definasi IOT telah dikemukakan termasuk definasi yang hanya tertumpu kepada spesifikasi yang diperlukan bagi sesuatu entiti untuk terlibat di dalam persekitaran IOT.

Menurut (Fauzi, 2017) , IOT mempunyai empat komponen yang utama iaitu Things (Sensors & Actuators), Connectivity, Data, Analytics. Antara contoh bagaiman IOT dapat diaplikasikan adalah mesin ATM. Mesin ATM mula menggunakan Internet untuk mengemaskinin akaun pengguna seawal tahun 1970. Apabila transaksi dilakukan di mesin ATM, data-data yang dikumpul oleh mesin ATM tersebut akan dikemaskini dengan bantuan Internet. IOT merupakan sebuah insfrastruktur global yang disediakan untuk digunakan oleh masyarakat informasi yang mahukan layanan dan perkhidmatan yang canggih yang dapat mengoptimumkan proses pengurusan.

Berdasarkan (Clark, 2016) pula, dari segi dasarnya, IOT merupakan sebuah konsep perhubungan sesebuah peranti kepada peranti yang lain dengan menggunakan Internet. IOT merupakan satu rangkaian gergasi yang menghubungkan sesuatu perkara kepada manusia. Hal ini termasuk dengan Ketuhar Gelombang Mikro Pintar yang boleh menyediakan makanan secara automatis dan pada masa yang ditentukan. Kereta Pintar yang mempunyai sistem penderia yang kompleks untuk mengesan objek yang berada di sekelilingnya. Peranti Kecergasan yang dapat mengukur kadar nadi dan juga berapa jumlah langkah harian penggunanya.

Kesimpulannya, IOT dapat memberikan impak yang signifikan kepada kualiti kehidupan manusia dan juga perniagaan. Ianya juga dapat merevolusikan sistem kesihatan dan juga pengurusan perkhidmatan dengan mengembangkan perhubungan di antara pengguna dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

  Internet Of Things Internet bukanlah suatu perkara yang janggal lagi pada hari ini kerana setiap urusan yang hendak diselesaikan meme...